- Hari Warga Staf Universiti Sains Malaysia yang diadakan sejak tahun 1999 merupakan salah satu aktiviti rasmi Universiti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan antara semua warga Universiti Sains Malaysia dari Kampus Kesihatan, Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
- Penganjuran Hari Warga Staf ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua staf pelbagai peringkat yang melibatkan staf Pengurusan dan Profesional, Akademik dan Pelaksana.
- Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa sambutan Hari Warga Staf ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan kerjasama antara warga Universiti Sains Malaysia.
- Antara aktiviti Hari Warga Staf ini meliputi aspek kebudayaan dan kesukanan. Adalah menjadi harapan setiap warga Universiti Sains Malaysia agar sambutan Hari Warga Staf kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
- Memberi peluang kepada staf untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
- Sebagai ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim di kalangan staf antara kampus.
- Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai- nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
- Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf Universiti Sains Malaysia sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.