Skip to main content

CAMPUSLAUF

TARIKH:

26 OGOS 2023 (SABTU)

MASA:

6.45 PAGI

TEMPAT

PERKARANGAN BERHAMPIRAN PEJABAT WATANIAH, KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


ATURCARA

6:45 pagi:

Peserta Berkumpul dan Pendaftaran

7:00 pagi

Flag-Off Pertama

7:05 pagi:

Flag-Off Kedua

7:10 pagi:

Flag-Off Ketiga

7:50 pagi

Acara Tamat


KATEGORI PERTANDINGAN

KategoriUmurJarak
Lelaki Junior (LJ)
≤ 40 tahun (lahir pada atau selepas 1983)

4.3 km

Lelaki Veteran (LV)
≥41 - 49 tahun (lahir pada 1974 hingga 1982)

3.3 km

Lelaki Senior Veteran (LSV)
≥ 50 tahun (lahir pada atau sebelum 1973)

3.3 km

Wanita Junior (WJ)
≤ 34 tahun (lahir pada atau selepas 1989)

3.3 km

Wanita Veteran (WV)
≥ 35 - 44 tahun (lahir pada 1979 hingga 1988)

3.3 km

Wanita Senior Veteran (WSV)
≥ 45 tahun (lahir pada atau sebelum 1978

3.3 km


PETA CAMPUSLAUF


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PENDAFTARAN

  1. Penyertaan adalah dalam kalangan staf USM sahaja. 
  2. Kategori penyertaan adalah mengikut kategori umur yang telah ditetapkan sahaja. 
  3. Setiap kontinjen boleh mendaftar maksima 20 orang peserta bagi setiap kategori. 
  4. Pendaftaran hanya boleh dibuat oleh Pengurus/Ketua Acara setiap kontinjen sahaja.  
  5. Pengurus/Ketua Acara setiap kontinjen hendaklah mengambil nombor bib larian peserta kontinjen masing-masing pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. 
  6. Peserta amat digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pendaftaran atau sebelum pertandingan. 

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Semua peserta diwajibkan berada di perkarangan Wataniah, pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu, selewat-lewatnya jam 6.45 pagi. 
  2. Semua peserta dikehendaki memakai nombor larian yang telah ditetapkan mengikut nama peserta pada bahagian hadapan T-shirt larian. 
  3. Laluan larian adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.  
  4. Setiap peserta mesti bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut laluan yang betul seperti yang telah ditetapkan. Setiap peserta tidak dibenarkan sama sekali menggunakan jalan pintas. Sekiranya ada, penyertaan mereka akan dibatalkan dan markah kumpulan juga akan ditolak.  
  5. Setiap peserta akan diberikan wrist band ketika melintasi satu-satu check-point yang ditetapkan. Setiap peserta mestilah menunjukkan kesemua wrist band yang diterima semasa melapor diri di garisan penamat. Jika salah satu wrist band tersebut hilang atau tidak dapat di buktikan, dengan sendirinya peserta tersebut dibatalkan. 
  6. Peserta yang tiba pada kedudukan pertama hingga ke-25 perlu mendaftarkan diri di meja penamat dalam tempoh 5 minit sebaik menamatkan larian. 
  7. Sebarang bantahan hendaklah dilakukan dalam tempoh 15 minit selepas tamat larian. 
  8. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD 
  9. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan tanpa pemberitahuan sekiranya perlu.  
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab bagi sebarang bentuk kecederaan atau kematian yang berlaku semasa pertandingan. Namun pihak penganjur bertangungjawab bagi memastikan langkah-langkah keselamatan diambil sebelum dan semasa pertandingan.  
  11. Pihak penganjur berhak menangguhkan masa permulaan larian sekiranya berlaku hujan lebat, ribut petir, atau keadaan cuaca yang melampau.  
  12. Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang dianggap tidak mampu secara fizikal untuk meneruskan larian bagi mengelakkan daripada risiko kecederaan 

TAKLIMAT

Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. 


BORANG PENDAFTARAN

Sila emelkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada hari Khamis, 10 Ogos 2023, sebelum jam 2.00 petang. 


PERTANYAAN & PERSOALAN

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada: 

Puan Wan Suriati Binti Wan Nik 

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara Campuslauf 

Telefon : 09-7677545 atau 012-9212660 

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

KETUA ACARA KONTINJEN

Misai Kucing

  • Dr. Mohd Nidzam Bin Mat Jawis

    Telefon : 09-7677608/

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Jarum Mas

  • Tuan Hairulnizam Bin Tuan Kamauzaman

    Telefon : 09-7676977/ 012-9875007

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Wan Maziah Binti Wan Zain

    Telefon : 09-7676029/ 012-9569490

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kacip Fatimah

  • Encik Zainal Arif Bin Hassan

    Telefon : 09-7673016/ 011-10912528

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Halia Bara

  • Encik Mohamad Kasyfi Bin Mohamad Taufik

    Telefon : 04-6536167/ 019-410 0042

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Serai Wangi

  • Encik Mohd Kamil Bin Ashar

    Telefon : 04-5996405/ 012-5624277

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Duri Tujuh

  • Encik Mohd Salleh Bin Abd Rahman

    Telefon : 04-5622278/ 017-4829010

    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


PEGAWAI PENYELARAS MENGIKUT KONTINJEN

Misai Kucing :

Cik Nordina Binti Ahmat

Telefon : 09-7672402 / 014-5076750

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Jarum Mas :

Mohamad Iqmal Bin Mathlan

Telefon : 09-7676565 / 019-9538600

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Kacip Fatimah :

Cik Mirawaty Binti Mat Ghani

Telefon : 09-7673045 / 019-7901247

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Halia Bara :

Puan Rozie Aniza Kartini Binti Che Ghani

Telefon : 04-6532422 / 012-4355800

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Serai Wangi :

Puan Nor Asmah Binti Redzuan

Telefon : 04-5596525 / 0124811446

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Duri Tujuh :

Puan Harzelinda Binti Zainor

Telefon : 04-5622384 / 019-4545784

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.